Kehidupan peribadi Sharon Paul

Sharon Paul juga merupakan isteri kepada pelakon dan pengacara Rusdi Ramli. Beliau juga merupakan seorang mualaf dimana beliau telah memeluk agama Islam selama dua tahun sebelum beliau berkahwin dengan pelakon tersebut. Percintaan mereka bermula apabila mereka bertemu di pratonton filem 1957: Hati Malaya dimana Rusdi Ramli adalah merupakan salah seorang pelakon utama daripada filem tersebut. Mereka selamat dinikahkan pada 16 November 2008 di The Gallery Creative Elements, Seksyen 2, Shah Alam. Rusdi Ramli dinikahkan oleh Muhammad Sujak Haji Muhammad Daisuki iaitu Pendaftar Kanan Nikah, Cerai dan Rujuk yang bertugas di Pejabat Agama Islam Daerah Petaling sambil disaksikan oleh bapa Rusdi sendiri, iaitu Ramli Ismail. [1]

Berkaitan